Berdagang dari mana jua Dapatkan Aplikasi mudah alih SimpleFX!
Animation's background Animation's background

Sokongan

Sumber-sumber yang akan mengajar anda segala-galanya mengenai SimpleFX

Soalan yang Kerap Ditanya

Soalan Lazim

1. Berapakah deposit permulaan minimum yang diperlukan untuk membuka akaun baru?

Tiada deposit minimum untuk membuka akaun.

2. Adakah syarat-syarat perdagangan untuk akaun demo berbeza dengan akaun perdagangan langsung?

Sebut harga akaun demo adalah sama dengan akaun perdagangan sebenar.

3. Berapa banyak akaun yang saya boleh buka?

Pelanggan boleh membuat sehingga 3 Live dan Demo akaun untuk setiap mata wang.

4. Apa itu e-mel pengesahan?

Sebagai sebahagian daripada proses membuat akaun, kami memerlukan alamat e-mel anda untuk disahkan.

5. Apa itu SimpleFX?

SimpleFX adalah penyedia perdagangan dalam talian terunggul yang menawarkan perdagangan dengan Forex CFD pada Bitcoin, Litecoin, Ethereum, logam berharga, tenaga, indeks dan ekuiti dari seluruh dunia.

6. Maklumat Syarikat SimpleFX

SimpleFX Ltd. telah ditubuhkan di Saint Vincent dan Grenadines di bawah nombor berdaftar 22361 IBC oleh Pendaftar Syarikat Perniagaan Antarabangsa dan operasinya adalah tertakluk kepada undang-undang Saint Vincent. SimpleFX Ltd. merupakan syarikat broker forex inovatif yang menyediakan perkhidmatan kepada beribu-ribu klien di seluruh dunia. Semua maklumat berkaitan Terma dan Syarat serta dasar AML dan dasar bayaran balik kami boleh didapati di halaman Terma dan Syarat SimpleFX. Kami telah beroperasi sejak 8 Oktober 2014.

7. Anda broker jenis apa?

Kami adalah broker STP, bermaksud kami tidak mempunyai 'dealing desk'. Semua perdagangan anda dihantar ke kumpulan kecairan kami dan anda berdagang melawan pedagang-pedagang lain.

8. Berapa banyak akaun yang boleh saya buka?

Klien boleh mencipta sehingga 3 akaun bagi setiap mata wang akaun yang tersedia. Peraturan dikenakan secara langsung kepda akaun Langsung dan Demo. Untuk membuat akaun, pergi ke Menu utama -> Akaun & Deposit -> Tambah akaun.

9. Jika saya berdagang akaun Demo dan kemudian beralih ke akaun Langsung, perlukah saya membayar yuran atau komisen tambahan?

Tidak. Syarat-syarat perdagangan adalah sama untuk akaun DEMO dan LANGSUNG. Hasilnya, anda masih akan mendapat amaun keuntungan atau kerugian yang sama.

10. Pada webtrader, saya cuba menutup pesanan, tetapi ia tidak ditutup. Mengapa?

Ia sama ada pasaran telah ditutup bagi simbol tertentu dan pesanan tidak dapat ditutup di luar sesi perdagangan, atau cuba kosongkan memori cache pelayaran web anda dengan menekan kombinasi kekunci CTRL+SHIFT+R secara serentak pada papan kekunci anda.

11. Anda ada tutorial video?

Ya. Sila pergi ke Pusat Bantuan -> Tutorial video di platform SimpleFX. Anda juga boleh mengakses tutorial di sini.

12. Apa itu CFD?

CFD ialah contract for difference (kontrak untuk perbezaan). Ia merupakan urus niaga antara penjual dan pembeli. Jika anda membuka pesanan beli dan menutup transaksi apabila harga naik, anda akan mendapat keuntungan. Jika anda membuka pesanan jual dan menutupnya apabila harga turun, anda akan mendapat keuntungan. Kesimpulannya, anda boleh menjana pendapatan pada setiap pergerakan harga, naik dan turun yang tidak sentiasa terjadi, jika kita ambil kira, contohnya, dalam pertukaran saham.

13. Bilakah akaun dianggap sebagai “tidak aktif”?

Kami hanya mempertimbangkan akaun tidak aktif apabila tiada aktiviti perdagangan dijalankan, jadi tiada perdagangan dilaksanakan. Jika anda membuka sekurang-kurangnya satu perdagangan, akaun akan dianggap aktif, walaupun tiada aktiviti yang berlaku dalam tempoh masa yang lama.

14. Klien dari negara manakah yang tidak boleh membuka akaun?

Kami tidak menerima dokumen/klien dari negara-negara berikut: Algeria, Belgium, Bahamas, Botswana, Cambodia, Cuba, Ecuador, Ethiopia, Ghana, Iran, Monaco, Myanmar, Korea Utara, Pakistan, Poland, Saint Vincent dan Grenadines, Panama, Sri Lanka, Republik Arab Syria, Trinidad dan Tobago, Tunisia, Amerika Syarikat, dan Yaman.

15. Bolehkah keuntungan/kerugian/baki saya dipaparkan dalam mata wang yang berbeza dengan mata wang asas akaun saya?

Ya. Anda boleh memaparkan semua nilai akaun dalam mana-mana mata wang yang sesuai untuk anda. Sila pergi ke Tetapan -> Platform perdagangan -> Tunjukkan mata wang.

16. Baki/keuntungan/kerugian saya dipaparkan “0” walaupun saya mempunyai dana pada akaun/kedudukan terbuka saya. Mengapa?

Naikkan kepada nilai maksimum yang ada. Untuk berbuat demikian, sila pergi ke Tetapan -> Platform perdagangan -> Ketepatan mata wang kripto.

17. Does SimpleFX initiate phone calls to offer services or process withdrawals?

We never initiate phone calls to offer our services or to process withdrawals. If you received such a call please report it immediately to support@simplefx.com. We also recommend reading more about Cybersecurity awareness on our dedicated website.

18. How to delete an account (terminate services)?

You can terminate an agreement at any time by going to App => Profile => Delete account. To find out what kind of data would be permanently deleted and what we are obligated to store by law and regulatory bodies please check our Privacy Policy

Pembayaran

1. Berapa lama masa diperlukan untuk mengeluarkan wang saya?

Pengeluaran pindahan wayar boleh mengambil masa sehingga 3-5 hari bekerja. Pengeluaran menggunakan sistem pembayaran elektronik, kad bank dan mata wang kripto diproses dalam masa 24 jam. Sila ingat bahawa permintaan pengeluaran semasa hujung minggu akan diproses pada hari Isnin.

2. Bolehkah saya berdagang selepas membuat permintaan pengeluaran?

Ya, wang akan didebitkan dari akaun perdagangan anda dengan segera. Anda boleh berdagang dengan dana anda.

3. Saya menggunakan beberapa sistem pembayaran elektronik untuk membiayai akaun dan menjana keuntungan/membuat kerugian. Bagaimana saya boleh mengeluarkan wang?

Jika anda membuat deposit menggunakan beberapa sistem pembayaran dan menjana kentungan/membuat kerugian, anda boleh mengeluarkan dana dengan sistem pembayaran yang digunakan untuk jumlah deposit tertinggi. Dana yang didepositkan melalui pindahan wayar atau deposit tempatan mesti dikeluarkan menggunakan akaun bank.

4. Bolehkah saya memindahkan wang antara akaun-akaun perdagangan saya?

Ya, anda boleh menggunakan pilihan Pindahan Dalaman. Wang akan dipindahkan dengan serta-merta. Tiada yuran dikenakan untuk pindahan antara akaun dengan mata wang yang sama.

5. Adakah boleh untuk caj semula deposit ke kad kredit?

Ya, ia adalah satu-satunya cara untuk mengeluarkan dana yang didepositkan menggunakan kad kredit.

6. Apa yang terjadi sekiranya saya tidak menghantar salinan kad kredit ke SimpleFX ?

Dalam kes ini, anda tidak akan dapat membuat deposit atau mengeluarkan sebarang dana menggunakan kad kredit ini.

7. Apa yang terjadi jika saya menggunakan kad kredit orang lain?

Pembayaran menggunakan kad kredit pihak ketiga adalah dilarang! Dalam kes pembayaran seperti ini, jumlah yang dipindahkan akan dikurangkan oleh yuran caj kembali dan akan dipulangkan kepada pemegang kad kredit. Tambahan lagi, tiada kemungkinan untuk membuat pembayaran seterusnya menggunakan kad ini di masa akan datang.

8. Berapa banyak masa yang saya ada untuk menghantar dokumen yang diperlukan?

Tiada had masa untuk menghantar dokumen yang diperlukan. Walau bagaimanapun, jika kami tidak menerima dokumen tersebut, kami mungkin menyekat kemungkinan untuk membuat deposit menggunakan kad kredit ini pada masa akan datang.

9. Adakah anda terima mata wang fiat (utama)?

Ya. Anda boleh membuka akaun dalam 18 mata wang utama yang berbeza!

10. Mengapa deposit Bitcoin bukan deposit segera?

SimpleFX memerlukan 1 pengesahan daripada rangkaian Bitcoin untuk memproses permohonan deposit Bitcoin. SimpleFX tidak mempengaruhi masa pengesahan. Pengesahan pertama biasanya diterima dalam masa 1–30 minit. Walau bagaimanapun, tempoh masa ini mungkin lewat disebabkan yuran transaksi yang rendah atau rangkaian Bitcoin yang terlebih beban.

11. Mengapa pengeluaran mata wang kripto bukan pengeluaran segera?

Untuk memastikan keselamatan akaun Pedagang kami, SimpleFX mungkin mengambil masa sehingga 24 jam untuk mengesahkan dan memproses permohonan pengeluaran mata wang kripto.

12. Bolehkah saya tukar Bitcoin atau mata wang kripto yang lain untuk mata wang utama?

Ia mustahil untuk menukar Bitcoin atau mata wang kripto lain kepada mana-mana mata wang utama melalui laman web kami. Walau bagaimanapun, anda boleh berdagang semua instrumen yang kami tawarkan menggunakan akaun kripto anda.

13. Bolehkah saya tukar Bitcoins atau mata wang kripto yang lain untuk Tether (USDT)?

Malangnya, penukaran kepada Tether adalah tidak boleh.

14. Berapakah nilai minimum deposit awal yang diperlukan untuk membuka akaun baharu?

Tiada deposit minimum yang diperlukan untuk membuka akaun. Anda boleh memindahkan sebanyak mana dana yang diinginkan. Akan tetapi, memeriksa margin diperlukan bagi instrumen adalah satu tindakan yang bagus. Anda boleh memeriksanya di Kalkulator Perdagangan kami. Berikut adalah tutorial video yang cepat.

15. Apakah peraturan utama berkenaan pengeluaran?

Pengeluaran diproses 24/7 selaras dengan peraturan-peraturan yang dinyatakan di sini. Kaedah pengeluaran dan deposit serta mata wang mestilah sama. Anda boleh mengeluarkan amaun yang sama dengan baki akaun anda, tolak amaun yang digunakan untuk memenuhi keperluan margin bagi kedudukan terbuka. Masa pengeluaran yang dinyatakan oleh SimpleFX tidak mengambil kira kelewatan masa yang disebabkan oleh pemproses pembayaran kami melengkapkan proses pengeluaran.

16. Apakah peraturan utama berkenaan deposit?

Semua deposit tidak dikenakan sebarang caj oleh SimpleFX. Deposit mata wang utama adalah segera, namun sedikit kelewatan boleh disebabkan oleh pemproses pembayaran kami untuk menyelesaikan proses deposit. Masa yang diperlukan untuk melengkapkan deposit mata wang kripto bergantung pada kecekapan rangkaian kripto pada masa tersebut.

17. Bolehkah saya keluarkan wang jika saya mempunyai kedudukan terbuka?

Ya, boleh, dengan syarat pada masa pembayaran, margin bebas anda melebihi amaun yang dinyatakan dalam arahan pengeluaran, termasuk semua caj bayaran. Jika anda tidak mempunyai margin bebas yang mencukupi dalam akaun perdagangan anda, sistem tidak akan menerima permohonan anda dan anda perlu merendahkan amaun.

18. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat deposit fiat (mata wang utama) pertama saya?

Untuk meneruskan deposit bukan bitcoin, klien mesti lulus proses pengesahan identiti, tempat tinggal dan swafoto. Untuk pengesahan identiti, kami memerlukan salinan dokumen sah yang akan mengesahkan nama anda dan tarikh lahir (cth. pasport atau kad identiti negara). Untuk pengesahan tempat tinggal, kami memerlukan salinan dokumen yang tidak melebihi 3 bulan yang akan mengesahkan alamat tempat tinggal sebenar anda (cth. penyata bank atau telefon, bil air atau elektrik).

19. Apa itu yuran pengeluaran?

Yuran pengeluaran ialah yuran yang anda bayar apabila membuat pengeluaran. Semak yuran pengeluaran SimpleFX di sini.

20. Mengapa amaun yang diterima dalam akaun perdagangan saya lebih kecil berbanding amaun yang saya hantar?

SimpleFX tidak mengenakan cas terhadap klien mereka untuk deposit. Jika deposit yang diterima dalam akaun perdagangan anda sedikit berbanding deposit sebenar yang anda mulakan, bank anda mungkin mengenakan sedikit yuran tambahan untuk pindahan wayar. Sila hubungi bank anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang bank-bank perantara.

21. Berapakah kadar tukar untuk Skrill dan yuran pengeluaran Neteller?

Jika anda membuat deposit atau pengeluaran dalam USD melalui Skrill atau Neteller, yuran kadar tukar ialah 1:1. Kadar tukar untuk mata wang lain adalah sama dengan kadar yang kami tawarkan untuk perdagangan pada masa permohonan pengeluaran dihantar.

22. Berapakah kadar tukar untuk pertukaran mata wang akaun?

Kadar tukar untuk pertukaran mata wang akaun adalah sama dengan kadar yang kami tawarkan untuk perdagangan pada masa permohonan pengeluaran dibuat.

23. Bolehkah saya membuat deposit/pengeluaran dari akaun/kad kawan/ahli keluarga saya?

Disebabkan peraturan AML, kami tidak menerima deposit dan pengeluaran yang dibuat oleh pihak ketiga. Deposit anda hanya boleh dibuat daripada akaun/kad anda sendiri, dan pengeluaran perlu kembali ke sumber anda membuat deposit tersebut.

24. Bolehkah saya pindahkan dana dari akaun akaun perdagangan saya ke akaun perdagangan klien yang lain?

Tidak boleh.

25. Saya masih tidak menerima deposit ETH saya. Berapa lama masa yang akan diambil?

Malangnya, terdapat peluang yang pembayaran anda telah dilakukan melalui kontrak pintar, bermaksud ia tidak boleh diterima oleh SimpleFX. Sebagai peraturan, kami tidak menyokong pembayaran kontrak pintar atas sebab-sebab keselamatan. Walau bagaimanapun, mendapatkan dana yang dihantar melalui kontrak pintar akan dikenakan yuran transaksi sebanyak 1% (minimum $10). Ini dinyatakan dengan jelas di laman web SimpleFX pada bahagian deposit Ethereum. Sebab-sebab lain yang mungkin adalah (1) rangkaian sedang sibuk atau (2) had gas yang ditetapkan untuk pemindahan adalah terlalu rendah.

26. Apa itu had gas?

Gas ialah yuran transaksi yang boleh anda tetapkan dalam dompet anda semasa membuat pindahan. SimpleFX memerlukan minimum 32,000 gas untuk semua pindahan.

27. Saya telah menambah alamat dompet pengeluaran untuk pengesahan, tetapi tidak menerima e-mel pengesahan. Apa yang perlu saya lakukan?

Sila semak folder SPAM peti masuk anda. Jika e-mel tersebut tiada, sila buang alamat dompet dari senarai dan tambah sekali lagi.

Meta Trader 4

1. Bagaimana cara membuka kedudukan perdagangan?

Pilih instrumen kewangan daripada Market Watch (di sudut kanan atas skrin) dan klik dua kali.

2. Bagaimana saya boleh membuka carta baru?

Buka menu Fail dan klik Carta Baru, kemudian pilih instrumen kewangan daripada senarai.

3. Apa itu Baki, Ekuiti, Margin dan Margin Bebas?

Baki adalah jumlah wang dalam akaun anda selepas penutupan dagangan terakhir. Ekuiti adalah jumlah Baki dan Untung/Rugi kedudukan terbuka semasa dan SWAP. Margin adalah jumlah wang yang perlu untuk melindungi kerugian anda semasa perdagangan margin. Margin bebas adalah jumlah yang ada untuk membuka perdagangan seterusnya. Margin bebas sama dengan ekuiti tolak margin.

4. Saya telah memuat turun Metatrader 4 dari broker lain. Bolehkah saya berdagang dengan SimpleFX?

Ya, boleh. Perkara yang anda perlu lakukan hanyalah menukar nama Pelayan dalam tetapan Metatrader: Buka Menu Alat → Opsyen → Pelayan dan masukkan DNS Pelayan:\r\nSimpleFX Demo: demo-mt4.simplefx.io\r\n
\r\nSimpleFX Langsung: live-mt4.simplefx.io

5. Saya telah memasang MetaTrader, tetapi tidak dapat bersambung dengan pelayan anda. Mengapa?

Jika anda menggunaka MetaTrader anda contohnya ditempat kerja, kemungkinan besar komputer anda bersambung dengan Internet melalui tembok api atau pelayan proksi.

6. Di mana saya boleh melihat nilai SWAP?

Klik kanan pada ruang Market Watch dan pilih Simbol dalam menu konteks. pilih pasangan mata wang dan klik Properties.

7. Bolehkah saya menukar zon masa dalam MetaTrader?

Tidak, zon masa pelayan perdagangan kami sentiasa dalam UTC.

8. Bagaimana saya boleh melihat sejarah perdagangan saya?

Buka tetingkap terminal dengan menekan Ctrl+T pada papan kekunci dan pilih tab Sejarah Akaun. Klik kanan untuk membolehkan menu konteks, di mana ia akan membenarkan anda menyimpan sejarah perdagangan sebagai fail .html untuk anda lihat kemudian nanti apabila log keluar.

9. Bolehkah saya menggunakan robot/pedagang auto atau penasihat pakar?

Ya , semua platform perdagangan kami menyokong penggunaan EA (penasihat pakar).

10. Bagaimana saya boleh mengetahui yang perdagangan telah ditutup?

Senarai kedudukan dibuka dipaparkan di tab Terminal di bahagian bawah tetingkap MetaTrader.

11. Mengapa nilai baki saya begitu tinggi dalam BTC?

Platform MetaTrader ditetapkan untuk menunjukkan baki akaundengan dua tempat selepas koma (1 BIT = 100 satoshis atau 0.01 BIT = 1 satoshi). Ini sebabnya mengapa kami menggunakan BIT berbanding BTC (1 BTC=1 000 000 BIT).

12. Bolehkah paparan mata wang BIT/LIT/EIT/EIC ditukar kepada mata wang lain di MT4?

Tidak boleh.

13. Bagaimana cara untuk memuat turun data bersejarah untuk apa-apa simbol daripada tawaran SimpleFX?

Sila pergi ke MetaTrader4. Tekan F2, kemudian pilih simbol. Klik dua kali pada selang masa yang dikehendaki. Akhir sekali, klik butang “Eksport”.

14. Bolehkah saya mengubah masa yang dipaparkan pada carta MT4?

Tidak boleh. MT4 memaparkan waktu UTC. Anda boleh mencuba webtrader kami yang memaparkan zon waktu tempatan anda.

15. Saya telah membuka MT4, tetapi saya tidak melihat BTCUSD atau mata wang kripto yang lain. Mengapa?

Sila klik kanan pada Market Watch. Apabila tetingkap baharu muncul, klik “Tunjukkan Semua.”

16. Bolehkah saya jalankan pelbagai versi MT4 untuk memantau beberapa akaun?

Ya. Hanya muat turun MT4 sekali lagi dari bahagian muat turun kami dan pasang di lokasi lain, bukannya di direktori pemasangan lalai.

17. Bagaimana saya boleh log masuk ke MT4?

Untuk log masuk ke MT4, taip nombor akaun SimpleFX dan kata laluan anda yang digunakan di webtrader.

18. Bolehkah Trailing Stop ditetapkan menggunakan platform web anda?

Tidak. Tetapi anda boleh menjumpai Trailing Stop di platform MT4 kami. Untuk menetapkan Trailing Stop di MT4, klik kanan pada kedudukan terbuka dan kemudian pilih Trailing Stop. Sebelum boleh berbuat demikian, anda perlu menyambungkan akaun anda dengan MT4.

19. Saya tidak boleh menambah akaun perdagangan baharu dalam MT4. Mengapa?

Anda hanya boleh membuat akaun perdagangan baharu melalui laman web. Untuk melakukannya, sila pergi ke SimpleFX. Kemudian, klik Menu utama -> Akaun & Deposit -> Tambah akaun. Selepas itu, anda boleh menyambungkan akaun yang baru dicipta dengan perisian MetaTrader4.

Terma-terma Forex

1. Apa itu ambil untung?

Ambil untung adalah satu pesanan untuk menutup kedudukan yang masih terbuka pada harga yang lebih menguntungkan klien berbanding harga semasa membuat pesanan. Apabila paras ambil untung dicapai, pesanan akan ditutup.

2. Apa itu panggilan margin?

Panggilan Margin adalah amaran kepada pedagang apabila ekuiti akaun jatuh di bawah 50% Paras Margin. Ini bermakna, akaun itu hanya mempunyai margin yang disediakan dan harus dibiaya dengan lebih banyak wang untuk menghalangnya daripada mengalami Stop Out atau ditutup secara paksa. Platform perdagangan akan mula menutup kedudukan perdagangan pada paras Stop Out, yang mana ditetapkan pada Paras Margin 30%.

3. Apa itu spread?

Spread adalah perbezaan antara harga tawaran dan permintaan. Harga tawaran adalah kadar di mana anda boleh menjual pasangan mata wang, dan harga permintaan adalah kadar di mana anda boleh membeli pasangan mata wang. Dengan kami, anda boleh berdagang pelbagai jenis instrumen dengan spread yang fleksibel. Ini akan memberikan anda tahap ketelusan harga yang tinggi dalam perdagangan anda.

4. Apa itu FIFO?

Dalam perdagangan Forex, FIFO (First In, First Out) adalah syarat di mana anda perlu menutup perdagangan terbuka yang pertama (paling lama) apabila terdapat beberapa perdagangan terbuka pasangan yang sama dan nilai yang sama.

5. Apa itu “jumlah pesanan” dalam perdagangan Forex?

Istilah jumlah pesanan merujuk kepada bilangan lot standard yang anda mahu dagangkan. 1.00 merujuk kepada 1 lot standard atau 100,000 unit mata wang asas, jadi 0.10 merujuka kepada 1 lot mini atau 10,000 unit mata wang asas. 0.01 merujuk kepada 1 lot mikro atau 1000 unit mata wang asas.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan mempunyai kedudukan 'panjang' atau 'pendek'?

Jika anda membeli pasangan mata wang, anda mebuka kedudukan 'panjang', jika menjual - 'pendek'. Sebagai contoh, jika anda membeli 1 lot EUR/USD ia bermaksud anda membuka kedudukan panjang untuk 100,000 unit EUR. Dan jika anda menjual 10 lot AUD/CAD, ia bermaksud yang anda membuka kedudukan pendek untuk 1,000,000 unit USD.

7. Apa itu kerugian tersukat?

Kerugian tersukat (henti rugi) adalah pesanan untuk menutup kedudukan yang masih terbuka pada harga yang kurang menguntungkan klien berbanding pada harga semasa membuat pesanan. Kerugian tersukat adalah titik had yang anda tetapkan untuk pesanan anda. Sebaik sahaja had ini dicapai, pesanan akan ditutup. Ciri ini berguna jika anda mahu meminimakan kerugian apabila pasaran tidak menyebelahi anda. Titik kerugian tersukat sentiasa ditetapkan di bawah harga PERMINTAAN semasa untuk beli atau di atas harga TAWARAN semasa untuk jual.

8. Apa itu 'trailing stop'?

Trailing stop adalah sejenis pesanan henti rugi. Ia ditetapkan pada tahap peratus sama ada di bawah harga pasaran (untuk kedudukan panjang) atau di atas harga pasaran (untuk kedudukan pendek).

9. Apa itu broker Forex?

Broker Forex adalah perantara antara anda dan meja interbank, rangkaian bank yang berdagang antara satu sama lain. Secara tipikal, broker Forex akan menawarkan anda harga daripada bank, bertindak sebagai pembekal mudah tunai mereka. SimpleFX menggunakan pelbagai bank untuk harga dan kami menawarkan kepada anda sebut harga terbaik dengan pelaksanaan yang cepat.

10. Apa itu margin?

Margin adalah jumlah peratusan keseluruhan saiz perdagangan yang diperlukan oleh broker sebagai deposit niat baik untuk membenarkan pedagang membuka kedudukan. Jumlah ini bukanlah yuran atau kos transaksi: ia hanyalah sebahagian daripada ekuiti akaun anda yang diasingkan dalam akaun sebagai deposit untuk perdagangan. Syarat-syarat margin dikira dengan mengambil peratusan saiz perdagangan dan ditentukan oleh broker terlebih dahulu dalam syarat-syarat perdagangan.

11. Apa itu pasaran semerta?

Pasaran semerta merujuk kepada pasaran yang berurusan dengan harga semasa instrumen kewangan.

12. Apa itu gelinciran dan mengapa ia berlaku?

Gelinciran/kemerosotan berlaku apabula jurang pasaran pada harga atau disebabkan kecairan yang tersedia pada harga yang diberi telah berkurangan. Jurang pasaran biasanya berlaku dalam pasaran yang bergerak pantas apabila harga boleh melangkau beberapa pip tanpa adanya perdagangan. Begitu juga, setiap harga mempunyai jumlah kecairan yang tertentu. Sebagai contoh, jika harga adalah 50 dan terdapat 1 juta pada 50, maka pesanan 3 juta akan mengalami gelinciran, disebabkan 3 juta lebih daripada 1 juta yang terdapat pada harga 50.

13. Apa itu rollover/swap?

Kadar rollover, juga dirujuk sebagai kadar swap atau faedah, hanyalah kos angkut yang digunapakai pada akaun anda secara harian. Ia adalah perbezaan antara kadar faedah dua mata wang yang mana pedagang peroleh atau bayar apabila kedudukan dibuka semalaman.

14. Apa itu swap 3 hari?

Meskipun tiada 'rollover' pada hari Sabtu dan Ahad apabila pasaran ditutup, bank masih mengira faedah pada setiap kedudukan yang disimpan pada hujung minggu. Untuk menyamakan jurang masa ini, SimpleFX menggunakan strategi 'rollover' 3 hari pada hari Rabu atau Jumaat.

15. Apa itu “Saiz”?

Saiz perdagangan merujuk kepada saiz kedudukan yang anda ingin buka, BUKAN amaun dana yang anda ingin gunakan. Ia bergantung pada instrumen.

Soalan Umum

1. Bagaimana saya mendapat keuntungan dengan berdagang dalam Forex?

Jumlah keuntungan anda bergantung kepada keberkesanan strategi akaun perdagangan anda, bergantung kepada bagaimana anda belajar meramal perubahan kadar faedah dan sehingga kepada bilangan kecil deposit anda yang membenarkan anda mengekalkan situasi tidak menguntungkan semasa pergerakan pasaran.

2. Bagaimana perdagangan Forex berfungsi?

Forex digunakan untuk berdagang pasangan mata wang. Mata wang biasa adalah Euro/Dolar AS, AS Dolar/Yen Jepun, Paun Great British/Dolar AS dan AS Dolar/Dolar Kanada. Anda membeli satu mata wang dan secara automatik akan menjual yang lain.

3. Bagaimana saya boleh membuka akaun perdagangan?

Klik Daftar, sahkan emel dan anda akan menerima butiran log masuk milik anda. Akaun Bitcoin tidak memerlukan pengesahan lain: tiada Identiti atau Bukti alamat diperlukan. Untuk membuka akaun mata wang utama, anda perlu melalui proses pengesahan terlebih dahulu.

4. Apakah peralatan yang saya perlukan untuk berdagang Forex?

Anda hanya perlukan sebuah komputer dengan sambungan internet dan akaun demo percuma atau akaun langsung yang dibiaya untuk bermula dengan SimpleFX. Walau bagaimanapun, anda perlu mempunyai pendidikan dan alat Forex yang sesuai untuk meminimakan risiko dalam pasaran Forex.

5. Siapakah ahli-ahli dalam pasaran Forex?

Pasaran Forex dipanggil pasaran Interbank disebabkan fakta bersejarah yang ia telah dikuasai oleh bank, termasuk Central bank, bank komersial, dan bank pelaburan. Walau bagaimanapun, peratusan ahli pasaran lain semakin meningkat dan kini senarainya meliputi syarikat multinasional, pengurus kewangan global, peniaga berdaftar, broker wang antarabangsa, pedagang hadapan dan opsyen serta pelabur individu.

6. Di manakah terletaknya pusat pasaran Forex?

Perdagangan Forex tidak dipusatkan pada pertukaran, seperti kes saham dan pasaran hadapan. Pasaran Forex dianggap pasaran Di Kaunter atau 'Interbank', ini kerana transaksinya dilakukan di antara dua rakan melalui telefon atau rangkaian elektronik.

7. Apa itu Forex?

Forex juga dikenali sebagai pertukaran asing atau FX adalah pembelian serentak salah satu mata wang sementara menjual yang lain. Pasaran Forex tersedia 24 jam sehari, lima hari seminggu dan ia merupakan salah satu pasaran kewangan terbesar dan paling mudah tunai dalam dunia. Bandingkan, Bursa Saham New York menjana kira-kira $169 bilion sehari mengikut jumlah dan Pasaran Forex menjana lebih daripada $5 trilion sehari mengikut jumlah.

8. Adakah SimpleFX menghantar pulangan cukai?

SimpleFX menghantar e-mel dengan penyata bulanan dan harian, dan dokumen-dokumen ini boleh digunakan untuk akaun bagi tujuan cukai. Kami tidak menghantar sebarang dokumen atau penyata ke pejabat cukai bagi pihak pedagang kami. Ia menjadi kewajipan anda untuk mengira cukai berdasarkan penyata akaun anda dan undang-undang tempatan anda.

9. Bolehkah saya mengalami kerugian yang banyak berbanding amaun yang didepositkan ke akaun SimpleFX saya?

Untuk menyenangkan hati pedagang-pedagang kami, kami melindungi akaun perdagangan dengan Perlindungan Baki Negatif. Ia satu ciri yang menutup transaksi anda secara automatik untuk melindungi akaun anda sebelum mencapai baki negatif.

Afiliasi

1. Saya menjemput rakan-rakan saya ke SimpleFX, dan mereka sudah membuat deposit. Walau bagaimanapun, saya tidak melihat hasil afiliasi daripada merujuk mereka di akaun saya. Mengapa?

Rakan-rakan anda perlu membuat perdagangan untuk anda mendapat hasil afiliasi. Anda mendapat sehingga 25% spread perdagangan yang terhasil daripada rakan yang dirujuk secara terus. Selain itu, anda mendapat 5% daripada bahagian hasil rakan-rakan anda yang mereka peroleh daripada rakan yang mereka rujuk secara terus.

2. Mengapa saya tidak menemui nama afiliasi saya atau maklumat perhubungan?

Disebabkan Dasar Perlindungan Privasi SimpleFX, kami tidak berkongsi butiran peribadi afiliasi ataupun maklumat perhubungan. Ia akan kelihatan dalam bentuk sulit di Panel Afiliasi anda.

3. Saya telah menjemput rakan-rakan saya ke SimpleFX, mereka sudah pun mendaftar. Namun, saya tidak melihat mereka sebagai rujukan saya. Mengapa?

Rakan-rakan anda mempunyai masa selama 24 jam untuk mengesahkan e-mel pengesahan yang dihantar kepada mereka oleh SimpleFX.

4. Apakah kaedah-kaedah yang boleh saya gunakan untuk mengeluarkan wang daripada afiliasi?

Anda boleh gunakan sebarang kaedah pembayaran yang disediakan di negara tempat tinggal anda. Semak senarai kaedah pembayaran bagi setiap negara di sini.

5. Bolehkah saya menukar rujukan saya?

Keputusan untuk memilih rujukan anda adalah muktamad. Setelah dipilih, rujukan tidak boleh diubah suai kerana ia boleh membahayakan rangkaian afiliasi kami yang membantu memperkenalkan klien-klien baharu kepada SimpleFX.

6. Saya telah membuat pengeluaran komisen afiliasi yang telah diperoleh, tetapi masih tidak menerimanya dalam akaun saya. Mengapa?

Pembayaran afiliasi anda berkemungkinan besar telah dihantar ke dompet maya anda. Kini anda boleh memindahkannya ke salah satu akaun perdagangan milik anda untuk digunakan dalam perdagangan atau mengeluarkannya. Untuk berbuat demikian, sila pergi ke Profil -> Afiliasi -> Pembayaran.

7. Apakah peringkat afiliasi yang anda tawarkan?

Peringkat asas mempunyai hasil minimum 10%, komisen perolehan sehingga $5 untuk tempoh 30 hari sebelumnya. Peringkat perak mempunyai hasil minimum 15%, komisen perolehan antara $5 dan $500 untuk tempoh 30 hari sebelumnya. Peringkat emas mempunyai hasil minimum 20%, komisen perolehan antara $500 dan $5 000 untuk tempoh 30 hari sebelumnya. Peringkat platinum mempunyai hasil minimum 30%, komisen perolehan antara $5000 dan $15 000 untuk tempoh 30 hari sebelumnya. Peringkat berlian mempunyai hasil minimum 50%, komisen perolehan $15 000 untuk tempoh 30 hari sebelumnya.

Perdagangan

1. Adakah perdagangan mempunyai tarikh tamat tempoh atau penyelesaian?

Pesanan terbuka tidak mempunyai tarikh tamat tempoh mahupun tarikh penyelesaian. Pesanan belum selesai yang tidak dilaksanakan akan tamat tempoh selepas 180 hari kalendar bermula dari tarikh pesanan dibuat.

2. Bolehkah saya berdagang menggunakan peranti mudah alih saya?

SimpleFX menawarkan perdagangan melalui peranti mudah alih. Platform kami diselaraskan sepenuhnya untuk mana-mana perisian yang anda gunakan. Aplikasi iOS dan aplikasi Android mudah alih disediakan. Selain itu, sila muat turun perisian MetaTrader4 di peranti mudah alih anda pada bila-bila masa. Sila semak halaman muat turun MetaTrader4.

3. Bagaimana cara untuk saya menyemak data sejarah berkenaan apa-apa simbol daripada tawaran SimpleFX?

Carta pasangan mata wang yang dipaparkan di SimpleFX juga adalah untuk beberapa tahun yang lepas. Sila klik “W1” di webtrader atau “MN” dalam MetaTrader4 untuk mendedahkan julat data yang lebih banyak.

4. Akaun saya dalam Bitcoin, tetapi saya tidak mempunyai sebarang pesanan yang dibuka pada Bitcoin. Saya menyimpan kedudukan untuk logam, indeks dan forex. Adakah akaun saya akan terjejas dengan harga Bitcoin yang turun mendadak?

Keadaan perdagangan seperti margin diperlukan boleh berubah disebabkan perubahan harga. Keuntungan atau kerugian anda juga bergantung pada kadar pertukaran Bitcoin terhadap simbol-simbol lain yang berubah mengikut masa. Dengan itu, keuntungan atau kerugian anda bergantung pada harga Bitcoin.

5. Mengapa ekuiti/keuntungan/kerugian saya berubah walaupun pasaran ditutup?

Mata wang yang disebut bagi instrumen kedudukan terbuka anda ialah USD. Dengan itu, nilai mata dikira dalam USD, dan kemudian dikira semula kepada BTC untuk menunjukkan keuntungan/kerugian akaun BTC anda. Disebabkan harga BTC melonjak mendadak, keuntungan/kerugian BTC juga boleh terjejas. Sebagai contoh, untuk kedudukan saiz 100 lot pada saham TSLA.US, 1 mata bernilai 1 USD, iaitu 0.004 BTC apabila BTC bernilai 4000 USD, tetapi 0.005 BTC apabila BTC bernilai 5000 USD.

6. Mengapa spread begitu tinggi semasa pasaran dibuka?

Tahap kecairan biasanya lebih rendah semasa pasaran dibuka. Kecairan yang rendah boleh menyebabkan ketaktentuan pasaran yang tinggi. Akibatnya, spread menjadi lebih besar.

7. Adakah spread dikenakan sebanyak dua kali, pertama semasa membuka pesanan dan kedua semasa menutup pesanan?

Spread dikenakan sekali sahaja semasa membuka pesanan.

8. Mengapa pasaran dibekukan dan harga tidak berubah?

Sebab-sebab paling lazim untuk harga tidak dikemas kini adalah pasaran ditutup disebabkan waktu perdagangan biasa. Pasaran juga boleh ditutup disebabkan tempoh cuti. Mungkin terdapat juga isu dengan pertukaran asas (seperti Binance, NASDAQ, CME, dan EUREX). Walau bagaimanapun, jika anda pasti bahawa terdapat isu pada sistem kami, jangan teragak-agak untuk menghubungi Sokongan SimpleFX melalui e-mel atau Sokongan Langsung dengan segera.

9. Apakah maksud pasaran ditutup?

Anda tidak boleh menutup, mengubah suai atau membuka pesanan bagi simbol tertutup apabila pasaran ditutup.

10. Adakah dividen dibayar ke akaun saya?

Ya. SimpleFX membayar dividen untuk saham dan indeks. Dividen akan ditambah dalam ekuiti anda untuk pesanan BELI. Jika anda mempunyai pesanan JUAL, dividen akan ditolak daripada ekuiti akaun anda.

11. Pesanan panjang atau pendek?

Jika anda membuat andaian yang harga akan naik, anda boleh membuka pesanan panjang (beli). Jika anda rasa harga akan turun, anda boleh membuka pesanan pendek (jual).

12. Bolehkah saya menutup separuh kedudukan saya?

Ya. Anda boleh menutup separuh kedudukan menggunakan kaedah-kaedah berbeza. Sila semak tutorial video singkat ini.

13. Pesanan henti rugi atau ambil untung saya tidak diaktifkan atau diaktifkan terlalu awal. Mengapa?

Anda kadang-kadang boleh melihat pada carta yang harga tidak mencapai paras henti rugi atau ambil untung anda, tetapi pesanan telah dilaksanakan. Carta dilukis mengikut harga tawaran. Untuk menutup pesanan beli, anda perlu lihat pada harga tawaran. Untuk menutup pesanan jual, anda perlu lihat pada harga permintaan. Untuk maklumat lanjut, sila semak Tip Perdagangan SimpleFX.

14. Saya baru mendapat panggilan margin. Apa yang perlu saya lakukan?

Ekuiti anda jatuh di bawah 80% Paras Margin. Untuk mencegah anda daripada mengalami stop out (penutupan pesanan secara automatik, diterangkan di bawah) anda perlu membuat deposit tambahan.

15. Kedudukan saya ditutup tanpa kebenaran/'stop out' baru sahaja berlaku. Mengapa?

Apabila anda melihat komen “so/a” berhampiran dengan pesanan tutup anda, ia bermaksud yang paras margin anda telah mencapai 30%, 'stop out' telah diaktifkan dan perdagangan anda telah ditutup secara automatik untuk mengelak kerugian selanjutnya.

16. Bagaimana cara untuk menukar kadar SWAP?

Mata SWAP dinyatakan dalam Terma dan Syarat SimpleFX.
Formula: saiz pesanan*saiz kontrak*saiz tick*kadar swap=nilai swap dalam mata wang disebut
Contoh: Saiz kontrak BTCUSD ialah 100 dan saiz tick adalah 0.01. Untuk lot 0.01pesanan BELI (0.01 lot=1 BTC), kadar swap pada masa ini adalah -533.8584 mata, jadi pengiraan adalah seperti berikut: 1*1*0.01*(-533.8584)=-$5.338584. Harga BTC buat masa ini adalah kira-kira $11,050, jadi 5.338584/11050= -0.00048 BTC.

17. Mengapa pesanan saya yang sebelumnya ditutup apabila saya membuka pesanan baharu?

Pilihan FIFO anda telah dibenarkan di platform. Ia bermaksud apabila anda mempunyai kedudukan BELI yang dibuka dan kemudian membuka kedudukan JUAL pada instrumen yang sama dengan saiz yang sama, kedudukan JUAL baharu akan menutup kedudukan BELI sebelum ini. Untuk membolehkan kedua-dua kedudukan JUAL dan BELI dibuka secara serentak, anda perlu mematikan pilihan FIFO. Anda boleh mencari pilihan FIFO pada panel Simbol bersebelahan dengan kalkulator perdagangan.

18. Pada pukul berapakah simbol ditutup hari ini?

Simbol mempunyai waktu buka dan tutup yang berbeza. Anda boleh menyemak waktu tutup simbol tertentu dengan mengklik maklumat simbol tersebut. Selain itu, anda boleh layari Terma dan Syarat SimpleFX.

19. Mengapa spread bertukar?

SimpleFX menawarkan spread terapung yang diperoleh daripada penyedia kecairan terkemuka. Spread pada sesi malam boleh menjadi lebih tinggi berbanding nilai spread biasa pada sesi siang. Tambahan lagi, semasa siaran data makroekonomi yang penting, spread boleh menjadi lebih besar berbanding biasa. Dengan spread yang berubah, kami menawarkan keadaan-keadaan perdagangan yang lebih baik semasa sesi perdagangan Amerika dan Eropah.

20. Apakah syarat-syarat untuk pesanan dilaksanakan?

Pesanan boleh dilaksanakan jika terdapat pesanan berlawanan dalam pasaran.

21. Mengapa harga di SimpleFX berbeza daripada pertukaran lain?

Harga yang ditawarkan di SimpleFX adalah harga semerta, ia berbeza daripada harga kontrak.

22. Bagaimana cara untuk mengira margin yang diperlukan?

Margin yang diperlukan dikira mengikut formula ini:
Saiz pesanan*saiz kontrak*kadar pertukaran semasa*margin%*kadar leveraj=margin diperlukan dalam kadar leveraj mata wang yang disebut harga
kadar leveraj=100/leveraj akaun
Data lain boleh ditemui di Terma dan Syarat SimpleFX.

23. Apakah nilai bagi 1 pip BTCUSD?

Formula ialah: (saiz pesanan*saiz kontrak*saiz tick)=1 pip dalam mata wang yang disebut.
Untuk pesanan BTCUSD dengan saiz 0.01, 1 pip bernilai: 0.01*100*0.01=$0.01.
Untuk pesanan BTCUSD dengan saiz 0.1, 1 pip bernilai: 0.1*100*0.01=$0.1

24. Apakah dasar jurang pasaran anda? Apabila saya menghantar pesanan belum selesai dan pasaran dibuka dengan jurang, pada harga berapakah pesanan saya akan dilaksanakan?

Pesanan akan dilaksanakan pada harga pertama yang terdapat di pasaran apabila ia dibuka. Jika pesanan mempunyai paras Henti Rugi/Ambil Untung yang ditetapkan terlebih dahulu dan harga pengaktifan pesanan serta Henti Rugi/Ambil Untung berada dalam jurang, pesanan tidak akan dibuka.

Mata Wang Kripto

1. Apa itu bitcoin?

Bitcoin adalah adalah mata wang digital yang dicipta pada tahun 2009, berasaskan penulisan oleh Satoshi Nakamoto. Bitcoin membolehkan pembayaran pantas (dan pembayaran mikro) pada kos yang sangat rendah, sambil mengelak keperluan untuk pihak berkuasa utama dan pengeluar.

2. Adakah selamat menggunakan SimpleFX untuk perdagangan Bitcoin?

Ya, kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan sistem kami dan sentiasa memantau rangkaian kami untuk sebarang aktiviti yang mencurigakan. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menyediakan keselamatan untuk bitcoin yang disimpan dalam komputer pengguna, jadi adalah penting untuk mengambil langkah tambahan untuk memastikan dompet bitcoin anda dilindungi daripada pengguna lain.

3. Saya tidak mempunyai mata wang kripto. Bolehkah saya berdagang Bitcoin atau koin lain di SimpleFX?

Ya. Anda boleh membuat deposit mata wang fiat dan berdagang mata wang kripto: BTCUSD, ETHUSD, LINKUSD, LTCUSD dan lain-lain.

Tiada hasil

Berhenti bermimpi,
Mula Berdagang.

Platform perdagangan yang paling mudah dan paling berkesan